Netizen khusunya di Britain menyindir sebuah akhbar tempatan The Sun berikutan laporan bahawa segelintir rakyat Islam di sana menyokong kumpulan jihadis.

Muka depan akhbar The Sun Britain terpampang tajuk “1 dari 5 warga Islam Britain simpati terhadap jihadis.

Menurut laporan akhbar itu, mereka mengadakan undian rawak menerusi telefon dengan 1,003 warga Islam Britain.

The Sun
Tajuk utama akhbar The Sun Britain pada 23 November.

Menurut undian itu, 5 peratus 'Betul-Betul Bersimpati' dengan pihak jihadis (5 peratus), manakala mereka yang menjawab 'Bersimpati' adalah 14 peratus, 'Tidak Bersimpati' 71 peratus dan 10 peratus 'Tidak Tahu'.

Ramai netizen ragu-ragu dengan bagaimana undian itu dibuat dan soalan yang ditanya.

Mereka juga mendakwa akhbar itu mahu merosakkan persepsi orang ramai terhadap orang Islam.






Susulan itu, hashtag #1in5Muslims kini trending, termasuk di Malaysia.

Netizen seolah menyindir laporan The Sun Britain, dengan perkongsian fakta-fakta yang tidak masuk akal.



Disebalik tweet-tweet yang sinis, ada juga yang menggunakan hashtag berkenaan untuk menyeru orang ramai untuk kenali Islam sebelum membuat perkongsian.



Ada juga yang berkata bahawa orang Islam juga sudah muak dilabel sebagai pengganas.