awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal jadi suri hati Putera Harry, Meghan Markle jual rumah

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2017
07:26 MYT
Bakal  jadi suri hati Putera Harry, Meghan Markle jual rumah
Imej Markle dan Putera Harry yang diambil di Akademi Nottingham pada 1 Disember lalu. - Foto AP/Frank Augstein
Nama Meghan Markle sudah tidak asing lagi meniti di bibir peminat pelakon dan pemerhati keluarga Diraja England.
Bakal memulakan hidup barunya di Kensington Palace di England, bekas bintang drama bersiri 'Suits' itu menjual rumahnya yang terletak di Seaton Village, Toronto dengan harga 811 ribu pound (RM4.42 juta).
Rumah yang direka ringkas dengan sentuhan moden itu kelihatan cantik dan kemas, memang cukup sesuai dengan Markle yagn sering tampil sofistikated dan elegan.
Kawasan kejiranan yang dulunya senyap bertukar menjadi lokasi hangat untuk paparazzi, setelah tunang kepada Putera Harry itu mula menghuni kawasan perumahan tersebut.
BACA: Perkahwinan diraja Britain: Siapa pengapit Meghan Markle?
BACA: Tunang Putera Harry tinggalkan penggambaran 'Suits', mohon kerakyatan UK
Berdasarkan laporan portal antarabangsa, kawasan perumahan itu bukanlah lokasi yang elit, namun Markle kelihatan begitu selesa di situ.
Menurut jirannya, mereka kerap melihat kenderaan SUV dengan pengawal keselamatan di sekitar kawasan perumah tersebut.
Putera Harry juga dilaporkan sering mengunjungi rumah tersebut.
Rumah Markle tidak dipasarkan sebagai 'bekas rumah keluarga Diraja' tetapi dipasarkan seperti rumah lain dengan mengadakan pembelian secara terbuka kepada bakal pembeli.
Topic Berkaitan
#England
#jual rumah
#Kensington Palace
#Meghan Markle
#pelakon
#Perkahwinan Diraja
#pindah
#Putera Harry
#Seaton Village
#Suits
#Toronto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan