APABILA persaingan semakin sengit, rangkaian makanan segera cuba untuk memberikan hidangan yang baharu atau melakukan pengubahsuaian restoran untuk keselesaan pelanggan.

Namun, jenama Burger King tampil berbeza dengan pelancaran ruang spa di salah satu cawangannya di Helsinki, Finland.

Memetik laporan Time.com, ruang berkenaan sesuai digunakan untuk mesyuarant atau majlis hari jadi.

Salah satu ruang cukup untuk 15 orang dan lengkap dengan bilik sauna dan bilik wap.

Satu lagi spa cukup untuk 10 orang dan mempunyai televisyen bersaiz 48-inci.

Antara kemudahan lain termasuk televisyen bersaiz 55-inci, Playstation 4 di ruang rehat dan satu bilik dobi.

Pelanggan juga boleh membuat pesanan makanan dan makan di ruang spa berkenaan.

Menurut laporan Mashable, pelanggan akan dicaj AS$283 (RM1,141.48) untuk tiga jam dan tempahan awal harus dibuat untuk menggunakan perkhidmatan spa ini.