Setiap tahun Google akan berkongsi senarai carian tertinggi yang menjadi tumpuan penggunaannya di seluruh dunia.

Hari ini, Google Malaysia telah mengeluarkan senarai carian tahunan Malaysia, yang mengimbas tahun 2015 melalui pandangan kolektif di laman web.

Ia juga menawarkan perspektif unik untuk acara-acara utama, berita-berita terkini dan trend terhangat berdasarkan carian di google.com.my.

Berikut adalah senarai 10 carian trending di Malaysia untuk 2015.

1. HRMIS 2

HRMIS 2 merupakan satu aplikasi yang dilancarkan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia.

2. BR1M 2015

BR1M merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun. Bantuan satu penggal setiap tahun ini diberikan kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah untuk membantu mereka meringankan beban mereka.


3. How-Old.net

Aplikasi meneka usia ini dilancarkan oleh Microsoft awal pertengahan tahun ini, dan sekali gus menjadi kegilaan orang ramai.

Rata-rata netizen memuat naik gambar mereka untuk menyertai aplikasi viral ini di media sosial.


4. Maharaja Lawak Mega

Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro, arahan APSB/Homegrown yang menggabungkan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh dalam mencetuskan sebuah komedi pentas terunggul.


5. Fast&Furious 7

Dilancarkan pada 3 April lalu, filem francais terbesar ini mendapat sambutan yang amat luar biasa berikutan pemergian salah satu pelakon utama filem tersebut, Paul Walker yang meninggal dunia pada November 2013.

Tampil dengan lagu olahan Wiz Khalifa, “See You Again” sebagai satu penghormatan terakhir bagi Paul, filem ke-7 itu menyentuh emosi rata-rata peminat filem Fast&Furious.


6. Hati Perempuan

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zaril (SyarulRidzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia.


7. 1USD to MYR

Mata wang Malaysia menjadi perbualan orang ramai sejak bulan Jun apabila Ringgit ditutup pada paras paling rendah berbanding dolar Amerika dalam tempoh sembilan tahun.

Kejatuhan nilai ringgit dikhuatiri bukan sahaja memberi kesan segera kepada beberapa pihak seperti peniaga malah turut terkesan ialah komuniti pelajar Malaysia di luar negara.


8. WhatsApp Web

Pada bulan Januari lalu, Aplikasi WhatsApp memperkenalkan satu perkhidmatan baru iaitu menghantar pesanan menerusi pelayar web bagi semua pengguna Android, Windows Phone dan Blackberry.

Ia memadankan aplikasi whatsApp telefon ke komputer dan membolehkan pengguna berkomunikasi dengan rakan-rakan ataupun keluarga menerusi komputer.

Whatsapp kemudian melancarkan servis ini kepada semua pengguna Apple pada awal bulan Ogos 2015.


9. GST

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dilaksanakan pada April 2015 sebagai pengganti Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%)

Ia merupakan satu daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menambah baik sistem kewangan negara serta mencari sumber pendapatan yang baru dengan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.


10. Bersih 4.0

Perhimpunan Bersih 4 telah diadakan di ibu kota pada 29 Ogos lalu.

Perhimpunan ini diadakan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan susulan kenaikan harga barangan serta pelaksanaan GST.


Senarai ini turut meliputi acara-acara utama, berita-berita terkini serta trend terhangat berdasarkan carian di google.com.my.

Ketahui apa yang dicari oleh rakyat Malaysia mengikut senarai carian tahunan Google dibawah;


Orang

1. Lee Kuan Yew

2. Paul Walker

3. Najib Razak

4. Mia Ahmad

5. Kevin Morais

6. Farah Ann Abdul Hadi

7. Diana Danielle

8. Caitlyn Jenner

9. Alexandra Daddario

10. John Cena


Sudut Kewangan

1. 1 USD - MYR

2. 1 SGD - MYR

3. Currency Converter

4. EURO - MYR

5. Belanjawan 2016

6. Pendaftaran GST

7. Gaji 2015

8. Ringgit Malaysia

9. Harga Minyak

10. MYR - RMB


Model Kereta

1. Honda HRV

2. Lykan Hypersport

3. Perodua Axia

4. Honda Civic

5. Proton Iriz

6. Proton Perdana 2016

7. Pajero Sport

8. Honda City 2015

9. Honda Civic 2016

10. Audi S8


Peranti Mudah Alih

1. iPhone 6s

2. Samsung Galaxy S6

3. Samsung Note 5

4.Asus Zenfone 2

5. Asus Zenfone 5

6. Samsung A5

7. Samsung A8

8. Oppo Find 7a

9. Sony Xperia C3

10. Huawei Honor 7


Permainan

1. Agar.io

2. COC (Clash of Clans)

3. Fallout 4

4. Pokemon Go

5. FIFA 16

6. Frozen Games

7. Metal Gear Solid 5

8. Bloodborne

9. God Eater

10. Dragon Ball Xenoverse


Filem

1. Fast & Furious 7

2. Jurassic World

3. Polis Evo

4. Fifty Shades of Grey

5. Avengers Age of Ultron

6. San Andreas

7. Kingsman

8. Spectre

9. Ant Man

10. Terminator Genisys


Pertandingan Sukan

1. Sea Games 2015

2. Wimbeldon 2015

3. ICC World Cup 2015

4. Rugby World Cup

5. Australian Open 2015

6. Piala Malaysia 2015

7. Copa America

8. US Open 2015

9. Sudirman Cup 2015

10. Special Olympic World Games


Carian Berita

1. QZ8501

2. Paris Attacks

3. ISIS

4. Bajet 2016

5. MH370

6. Bersih

7. Nepal Earthquake

8. Greece

9. Sabah Earthquake

10. Haze


Laman membeli-belah

1. Lazada

2. Lelong

3. Zalora

4. Groupon

5. Zawara

6. Fashionvalet

7. Rakuten

8. Sugarscarf

9. Taobao Malaysia

10. Mudah


Destinasi Percutian Tempatan

1. Langkawi

2. Pulau Perhentian

3. Port Dickson

4. Cameron Highlands

5. Pulau Rawa

6. Genting Highlands

7. Gold Coast Morib

8. Pulau Pangkor

9. Pulau Redang

10. Bukit Tinggi, Pahang