awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Miss Universe: 'Saya akan umum kedua-dua ratu sebagai pemenang' - Trump

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
22/12/2015
02:17 MYT
Insiden Miss Universe: 'Saya akan umum kedua-dua ratu sebagai pemenang' - Trump
Donald Trump tidak melepaskan peluang untuk memberi reaksi terhadap insiden pertandingan Miss Universe 2015 yang menarik perhatian dunia semalam.
CALON Presiden Amerika Syarikat serta bekas pemilik pertandingan Miss Universe, Donald Trump tidak melepaskan peluang untuk memberi reaksi terhadap insiden pertandingan Miss Universe 2015 yang menarik perhatian dunia semalam.
Menerusi laman Twitternya, Trump berkata beliau kesal dengan kesilapan yang berlaku di pentas Miss Universe serta menegeskan perkara ini tidak akan berlaku jika beliau masih memilikinya.
"Sangat sedih dengan apa yang berlaku malam tadi di pertandingan Miss Universe. Saya menjualnya 6 bulan yang lalu dengan harga rekod. Perkara ini sudah pasti tidak pasti akan berlaku!” katanya.
Bukan itu sahaja, hari ini, keputusan yang lebih baik untuk menangani perkara ini.
Very sad what happened last night at the Miss Universe Pageant. I sold it 6 months ago for a record price. This would never have happened!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) December 21, 2015
Memetik laporan portal TIME, Trump juga menawarkan satu penyelesaian yang luar biasa kepada masalah ini di program NBC ‘Todays’, hari ini.
Menurut Trump, jika beliau masih pemiliknya, beliau akan umum kedua-dua Ratu Filipina (pemenang yang sah) dan Ratu Colombia (naib juara yang diumumkan sebagai pemenang) sebagai pemenang dalam pertandingan itu.
"Saya akan beritahu anda apa yang saya akan lakukan. Saya rasa saya akan umum mereka sebagai pemenang bersama. Perkara ini akan menjadi lebih menarik," kata Trump.
Pusingan akhir pertandingan 'Miss Universe 2015' menjadi topik hangat semalam apabila pengacara majlis, Steve Harvey membuat kesilapan besar ketika mengumumkan nama pemenang pertandingan ratu cantik itu.
Steve telah tersilap mengumumkan nama peserta Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang Miss Universe 2015, yang mana gelaran itu sepatutnya diberikan kepada peserta Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.
Sementara itu, juri selebriti, Perez Hilton turut memberi komen sinis berhubung Trump apabila pengacara sampingan acara itu, Roslayn Sanchez, meminta pandangannya berkenaan penganjuran dan perjalanan pertandingan Miss Universe 2015.
“Nasib baik Donald Trump tidak lagi terlibat dalam pertandingan Miss Universe,” kata Perez yang mendapat tepukan gemuruh dan gelak tawa penonton.
This probably won't trump my 2009 question, but I'd rather trump @realDonaldTrump! And I did!!! #MissUniverse pic.twitter.com/DTmX24pqQN
— Perez (@ThePerezHilton) December 21, 2015
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Miss Universe
#pertandingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan