Laman web Forbes mendedahkan bahawa saiz iPhone 6S dan iPhone 6S Plus bakal mempunyai peningkatan saiz sebanyak 3 peratus.

Forbes turut memberikan jangkaan awal telefon pintar dengan spesikasi baru itu akan mula dijual pada suku tahun terakhir tahun ini.

Perisian Force Touch yang diperkenalkan pada iWatch akan dimasukkan dalam keluaran baru iPhone 6S dan 6S Plus tersebut.

Selain itu sistem keseluruhan diramal akan mengalami pembaikan, dengan penggunaan chipset A8X baru dan penambahan RAM kepada 2 gigabait.

Piksel kamera juga akan dinaik taraf kepada 12 megapiksel.

Bagaimanapun ciri-ciri lama seperti saiz skrin, resolusi, Touch ID dan penggunaan aloi aluminium dianggarkan sama seperti model yang ada kini.

Sebelum ini satu e-mel dari Vodafone mengatakan bahawa tarikh pengumuman keluaran iPhone 6S dan iPhone 6S Plus adalah pada 25 September depan.

Minggu lalu, Apple mengumumkan penjualan iPhone meningkat 35 peratus kepada 47.5 juta unit dalam tempoh tiga bulan dari April hingga Jun.