Tidak ramai anak muda yang berminat untuk menghabiskan wang, masa dan tenaga untuk menjadi sebahagian daripada usaha menyelamatkan hidupan liar.
Tetapi, bagi Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham, berumur 11 tahun, dia berbeza daripada kebanyakan kanak-kanak seusianya.
Pelajar Tahun Lima itu komited untuk menyelamatkan penyu belimbing selepas guru sains di sekolahnya menunjukkan sebuah video mengenai spesies terancam kepadanya dan rakan sekelas.
Ahmad Iszuddin diberitahu bahawa haiwan itu akan pupus di seluruh dunia dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya sedikit usaha dilakukan untuk melindungi haiwan terbabit.
"Saya menangis dua kali melihat video itu dan apa yang saya ingin buat sekarang adalah menyelamatkan haiwan tersebut," katanya.
Ahmad Iszuddin, yang belajar memasak daripada ibunya, mengambil inisiatif membuat roti dan biskut untuk dijual kepada orang ramai di majlis tertentu, malah ada juga pembeli yang menghubunginya secara terus.
Setakat ini, dia telah memperoleh lebih daripada RM200 hasil daripada jualan roti dan biskutnya.
Namun, hasil jualan roti dan biskut itu bukan untuk keuntungan peribadi, tetapi Ahmad Iszuddin berhasrat untuk mendermakan wang itu kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu di Terengganu dan membantu menyelamatkan hidupan laut tersebut.
Anak bongsu daripada lima beradik itu mendapat sokongan daripada ibunya, Nor Azlina Ishak, yang melawat Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk mendapat maklumat lanjut mengenai penyu belimbing.
"Saya diberitahu bahawa penyu belimbing tidak mendarat di Semenanjung Malaysia lagi. Sekali-sekala, mereka mungkin akan mendarat di Sabah," kata Nor Azlina.
Rantau Abang di Terengganu satu masa dahulu mempunyai populasi terbesar penyu bertelur di dunia iaitu 10,000 sarang setahun. Bagaimanapun, kini populasi itu menurun secara mendadak berikutan pencemaran alam sekitar dan telurnya yang dimakan oleh manusia.
Menurut WWF, kali terakhir penyu belimbing mendarat di Terengganu ialah pada 1993.
Organisasi itu menyatakan bahawa penyu belimbing telah wujud sejak lebih daripada 100 juta tahun, tetapi kini ia menghadapi kepupusan.
Pada 1980, kira-kira 110,000 penyu belimbing direkodkan. Tetapi sejak 30 tahun lepas, bilangan itu mencatatkan penurunan iaitu kurang daripada 2,000 penyu belimbing betina dewasa, menjadikan haiwan itu spesies penyu paling terancam di dunia.
Nor Azlina, seorang penceramah motivasi berkata suaminya, seorang ahli perniagaan, juga menyokong usaha dan minat anaknya itu.
"Kami akan menyokong anak kami dalam apa sahaja minatnya kerana kami tidak mahu terlepas dalam mana-mana bahagian kehidupannya," kata Nor Azlina.
Ahmad Iszuddin mempromosikan jualan biskut dan rotinya serta berkongsi mesej menyelamatkan penyu melalui laman Instagrammnya @iszuddin_.
"Kepada semua orang di luar sana, marilah bekerja bersama-sama dan menyelamatkan spesies terancam ini," kata si cilik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2017
Iszuddin menunjukkan biskut yang dijualnya untuk mengumpul dana bagi usaha menyelamatkan penyu belimbing. - Bernama
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Kanak-kanak bakar dan jual roti, biskut untuk selamatkan penyu
Tidak ramai anak muda yang berminat untuk menghabiskan wang, masa dan tenaga untuk menjadi sebahagian daripada usaha menyelamatkan hidupan liar.