awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu cuba penstriman video, Facebook Live? Ini 5 tip untuk anda

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
04/03/2016
01:27 MYT
Mahu cuba penstriman video, Facebook Live?  Ini 5 tip untuk anda
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikuti jika anda bakal menggunakan penstriman video, Facebook Live untuk agenda-agenda yang penting.
Sudahkah anda mencuba ciri baharu Facebook, Facebook Live, iaitu penstriman video secara langsung?
Jika tidak, anda perlu mencubanya.
Facebook melancarkan ciri ‘Facebook Live’ secara global pada 28 Februari lalu.
Ia membolehkan pengguna merakam serta berkongsi perkara yang dilakukan kepada rakan atau ahli keluarga secara langsung menerusi laman Facebook mereka.
Difahamkan, ciri video itu hampir sama dengan aplikasi Periscope Twitter tetapi ia bukannnya satu aplikasi tersendiri.
Wartawan media ataupun industri media sememangnya boleh memanfaatkan ciri penstriman video secara langsung ini.
Hal ini kerana, ciri ini akan memudahkan mereka untuk memberi perkembangan sesuatu majlis ataupun sidang media secara langsung kepada pengikutnya di media sosial.
Astro AWANI pertama kali mencuba ciri ini untuk menyiarkan secara langsung sidang media Tan Sri Muhiddin Yassin Beraubung kedudukan beliau dalam UMNO, pagi Khamis.
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum bersiaran langsung bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal serta mendapat tontonan yang tinggi.
BACA: Muhyiddin rujuk RoS isu penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO
BACA: Muhyiddin akan hadir perhimpunan desak pengunduran Najib
Berikut adalah beberapa tip yang boleh diikuti jika anda bakal menggunakan penstriman video, Facebook Live untuk agenda-agenda yang penting.
1. Perlu diwar-warkan terlebih dahulu agar pengikut anda dimaklumkan berhubung penyiaran anda. Ini termasuk masa penyiaran dan apa yang akan disiarkan.
2. Perlu memberi deskripsi yang baik sebelum disiarkan secara langsung untuk menarik perhatian pengikut.
3. Tiba di lokasi persidangan lebih awal untuk mendapatkan tempat yang baik untuk rakaman.
4. Anda memerlukan tripod telefon untuk mengelakkan rakaman yang tidak stabil. Bukan itu sahaja, tripod will save your hand! *Tak payah pegang telefon sambil tangan anda lenguh.*
5. Bagi mengelakkan rakaman suara yang tidak jelas, anda memerlukan mikrofon yang khusus untuk membolehkan audio didengar dengan lebih jelas. Hal ini kerana, bunyi dari persekitaran boleh menganggu rakaman anda. *Nanti tak adalah orang complain audio tak best!*
Ini adalah rakaman Facebook Live kami ketika sidang media Tan Sri Muhyddin, pagi tadi di Bukit Damansara.
#AWANINews Sidang media khas Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kedudukan beliau dalam UMNO.
Posted by Astro AWANI on
Sidang media khas Tan Sri Muhyddin Yassin berhubung kedudukan beliau dalam UMNO.
Posted by Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Facebook Live
#penstreman video
#Tips
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan