Saiz populasi Harimau Malaya semakin mengecil dan rakyat Malaysia perlu bangkit dan bersatu suara supaya mereka boleh bekerjasama memastikan mamalia itu terselamat daripada ancaman kepupusan.
Pengarah Eksekutif Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma berkata terdapat kira-kira 3,000 Harimau Malaya dalam tahun 1950, sementara kira-kira 500 harimau direkodkan dalam 1990 dan anggaran terkini antara 250 hingga 340 harimau berada di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata rakyat Malaysia perlu melindungi mamalia ini kerana ia merupakan ikon kebangsaan dan negara yang mempunyai aura dan daya tarikan tersendiri selain menjadi simbol keberanian.
"Jadi, apakah ertinya jika tiada lagi Harimau Malaya? Oleh itu rakyat Malaysia, bukan hanya kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), tetapi kita semua perlu memainkan peranan untuk menyelamatkan harimau ini daripada pupus.
Kita semua perlu bersuara mengenai kepentingan menyelamatkan harimau ini kerana ia akan terjadi jika kita hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa," katanya kepada wartawan di sini hari ini selepas merasmikan Persidangan Eko-Sekolah Antarabangsa 2017 Keenam, di sini pada Jumaat.
Persidangan yang bertemakan "Pengurusan Sisa dan Kesannya Ke Atas Alam Semula Jadi dan Biodiversiti" melibatkan 71 pelajar dan 27 guru daripada 27 sekolah dari Malaysia, Thailand dan Singapura yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan kemahiran kepimpinan dan meningkatkan keyakinan mereka dengan berinteraksi sesama peserta.
Harimau Malaya disenaraikan sebagai haiwan terancam di dalam senarai merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017
Saiz populasi Harimau Malaya semakin mengecil dan rakyat Malaysia perlu bangkit dan bersatu suara supaya mereka boleh bekerjasama memastikan mamalia itu terselamat daripada ancaman kepupusan. -Gambar fail
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Rakyat Malaysia perlu bangkit bersuara, sebelum Harimau Malaya pupus
Rakyat Malaysia perlu melindungi mamalia ini kerana ia merupakan ikon kebangsaan dan negara yang mempunyai aura dan daya tarikan tersendiri selain menjadi simbol keberanian.