Meskipun berhadapan dengan kekangan waktu, pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim masih meluangkan masa membantu peniaga mempromosi produk mereka dalam laman sosial miliknya.
Tidak meletakkan sebarang bayaran, beliau menyifatkan usaha kecilnya memuat naik video berdurasi sekitar 15 saat di ruangan 'Instagram Story' bagi mengetengahkan sesuatu produk mampu membantu peniaga tempatan menjana pendapatan lebih tinggi.
Beliau, yang mula aktif melakukan promosi dalam laman Instagram miliknya pada Ramadan lepas turut mengakui laman sosial itu adalah platform terbaik dan cekap dalam mengembangkan perniagaan selain sebagai tanggungjawab sosial bagi membantu masyarakat.
"Saya tidak ambil sebarang bayaran, kita niat nak bantu kerana Allah dan tidak sangka semakin hari semakin bertambah barang yang dihantar. Saya percaya sekiranya platform ini digunakan dengan baik ia akan memberi kebaikan kepada saya dan orang lain.
"Saya akan melakukan review pada masa terluang... sehari lebih daripada 10 barang dan makanan yang dihantar ke butik saya," katanya kepada Bernama semasa ditemui di butiknya di Jalan Imbi di sini.
Lebih selesa bertutur dalam loghat utara ketika membuat promosi, beliau berkata antara produk yang diterima adalah barangan kaca, kosmetik dan makanan.
"Saya juga terpaksa menolak buat 'review' makanan basah macam kuih-muih dan sebagainya sebab barang-barang seperti ini kena buat 'review' cepat sebab ada tempoh luputnya, takut bila dah lapang makanan itu pula sudah tak segar lagi," katanya yang mempunyai lebih 660,000 pengikut dalam laman sosial Instagram.
Rizalman yang dilihat kreatif dalam penyampaiannya membuat promosi barangan yang diterima kini terpaksa menangguhkan sementara waktu aktiviti promosi itu susulan kekangan masa kerana terlibat dengan persiapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Sekarang saya hentikan dulu membuat review semua produk dan akan sambung semula selepas semua acara ini selesai," katanya.
Berkongsi mengenai perancangannya dalam masa terdekat, anak jati Pulau Pinang itu berkata beliau akan melancarkan koleksi terbaharu beg tangannya melalui kolaborasi bersama satu jenama tempatan.
"Ini kali kedua kolaborasi saya bersama jenama berkenaan dan kali ini lebih banyak pilihan. Selain itu, saya dalam perancangan untuk mengeluarkan produk makanan tambahan jenama sendiri, kini saya masih lagi test produk itu," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2019
Meskipun sibuk membina empayar perniagaan yang berjaya, Rizalman tidak lupa membantu usahawan lain mempromosikan produk mereka menerusi laman sosial pilihannya. - Foto: Instagram @rizalman71
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
Instagram akan papar kemas kini Instagram Notes pada halaman profil
Sekiranya anda melakukan perkongsian di Instagram Notes, maka pengguna lain boleh melihatnya apabila melayari halaman profil anda.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Instagram dikemas kini dengan lebih banyak fungsi khusus untuk pencipta kandungan
Kesemua ciri ini diumumkan oleh Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram menerusi video pendek di akaun rasmi baru-baru ini.
'Mana ada orang nak perdagangkan cinta' - Hasrat Sufian Suhaimi nak kahwin tak kesampaian
Sufian menjelaskan keputusan itu dibuat secara bersama dan menganggap apa yang jadi disebabkan mereka tidak lagi sehaluan.
Hannah Delisha alami keguguran - "Insya-Allah jumpa di syurga nanti"
Pelakon Hannah Delisha mendedahkan yang dirinya telah mengalami keguguran.
WhatsApp sedang bangunkan ciri 'mention' pada status
Ia dilihat sama seperti yang boleh dilakukan di Instagram Stories yang turut melibatkan kenalan lain secara langsung dalam status mereka.
TikTok bakal cabar Instagram dengan TikTok Photos
Kalau IG boleh tiru TikTok untuk fokus kepada video, kini giliran TikTok tiru IG untuk fokus kepada perkongsian gambar.
Lelaki rugi lebih RM30,000 terperdaya tawaran kerja sambilan di Instagram
Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.