Selain cendol, ini antara makanan yang jadi pertikaian antara Malaysia, Singapura, Indonesia

Selain cendol, ini antara makanan yang jadi pertikaian antara Malaysia, Singapura, Indonesia
Nasi Lemak dan Nasi Goreng antara yang pernah menjadi salah faham antara negara - Astro AWANI
MAKANAN merupakan antara nikmat syurga dunia buat semua masyarakat.

Tanpa mengira batas umur, jantina, kaum dan agama, makanan mampu memberi satu keajaiban kepada masyarakat setempat.

Baru-baru ini portal CNN dalam satu artikelnya 50 of the world's best desserts melaporkan cendol yang sedap berasal dari Singapura. Menurut CNN, tambahan kacang merah membuatkan rasa cendol di Singapura lebih klasik dan lazat.

Cendol kacang merah yang dikatakan mampu memberikan rasa klasik

Bagaimanapun, tahukah anda ada beberapa makanan lain yang bukan sahaja sering mencetuskan salah faham antara negara, bahkan turut menyatukan semua negara di Asia Tenggara?
Nasi lemak

Nasi lemak misalnya merupakan antara makanan yang sering menjadi pilihan kepada masyarakat untuk sarapan pagi. Nasi yang dimasak bersama santan dan dihidang bersama kacang, ikan bilis, telur dan sambal  sememangnya memberikan keterujaan kepada mereka yang menikmatinya. Tetapi persamaan antara nasi lemak dan nasi uduk telah menimbulkan salah faham antara Malaysia dan Indonesia.


Nasi goreng

Nasi goreng juga merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran masyarakat. Dimasak panas-panas dengan pelbagai pilihan, nasi goreng sangat sesuai dijadikan juadah untuk sarapan dan juga makan malam. Juadah ini juga menjadi pertikaian antara negara-negara asia mengenai asal usulnya.


Popia

Popia merupakan makanan yang amat popular dalam kalangan kaum Cina di Malaysia. Mempunyai variasi dalam intinya, popia juga dihidang dengan pelbagai cara antaranya popia sira, popia goreng dan juga popia basah. Juadah yang asal dari Negara Tembok Besar itu dibawa ke Asia Tenggara namun ia tetap menjadi perbalahan antara negara kerana kuih tersebut.


BACA : Aktivis budaya Indonesia dakwa popiah bukan makanan warisan Malaysia

BACA : Isu popia: Chef Wan selar golongan demonstrasi sebagai cetek akal


Rendang ayam

Rendang ayam amat popular ketika musim perayaan terutamanya semasa Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia. Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei pernah bersatu menentang  juri-juri Master Chef dari United Kingdom apabila seorang peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin memasak hidangan rendang ayam yang dikatakan tidak ranggup.