SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami puteri tunggal baginda, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.
Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim yang bercakap kepada Royal Press Office, iaitu pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, di sini, memberitahu bahawa Dennis Muhammad diberi bimbingan sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor( JAIJ) sejak awal Mac lalu.
Ismail bersama isterinya, Datin Zawaiah Mohamed dilantik menjadi keluarga angkat Dennis sejak awal Februari lepas setelah mendapat perkenaan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah, menurut kenyataan Royal Press Office pada Selasa.
Dennis, kata Ismail, diberi bimbingan melalui satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik bagi membolehkan beliau mempelajari al-Quran, fardu ain dan pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.
Pengajaran fardu ain Dennis merangkumi tertib solat, Rukun Iman dan Rukun Islam, puasa, zakat dan haji.
"Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir dari al-Quran, Doa Qunut serta Ayat Kursi," katanya.
Dennis tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat dan tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan, kata Ismail lagi.
Ismail mempersembahkan laporan mengenai pembelajaran agama Islam oleh Dennis kepada Sultan Johor pada 5 Julai lalu.
Dennis, 28, yang berasal dari Belanda, memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Tun Aminah di Istana Bukit Serene di sini pada 14 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2017
Dennis, 28, yang berasal dari Belanda, memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Tun Aminah di Istana Bukit Serene di sini pada 14 Ogos. - Foto Bernama
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Bakal menantu rupanya anak perempuan yang telah lama hilang
Bakal ibu mentua itu difahamkan ternampak tanda lahir di tangan bakal menantunya yang serupa dengan tanda di tangan anak perempuannya yang hilang.
Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu
Sultan Johor berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami puteri tunggal baginda, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.