LIFESTYLE
Walaupun Yahudi, pengasas Facebook janji tak pinggir umat Islam

Zuckerberg seolah-olah beri sindiran kepada Donald Trump.
PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg berjanji laman sosial berkenaan akan terus mengalu-alukan kehadiran pengguna beragama Islam.
Dalam satu kemaskini status, Zuckerberg yang beragama Yahudi berkata dia tidak akan sekali-kali membenarkan organisasi pimpinannya itu 'terjebak' dalam krisis yang timbul antara masyarakat Barat dan Islam.
Biarpun tidak menyebut mana-mana nama, status yang dimuat naik Zuckerberg itu dianggap seolah-olah satu bentuk jawapan dan sindiran kepada calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mencadangkan agar umat Islam dihalang daripada memasuki negara tersebut.
Dalam perkembangan berasingan, Zuckerberg yang baharu sahaja bergelar bapa nampaknya sedang menikmati saat-saat indah itu. Ia jelas dapat dilihat melalui satu foto yang dikongsi di Facebook, yang memperlihatkan Zuckerberg berbaring di sebelah anak perempuannya, Max.
menyumbang saham mereka sebanyak 99 peratus yang kini bernilai kira-kira RM190 bilion (US$45 bilion).
Max dilahirkan awal Disember lalu, dan serentak dengan kelahirannya, Zuckerberg dan isterinya mengumumkan Sumbangan itu adalah bertujuan menangani penyakit, membaik pulih sistem pendidikan dan membina masyarakat yang lebih berkualiti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami