Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Cuepacs minta cuti 5 dan 6 Mei untuk PRU13

comments
Cuepacs minta cuti 5 dan 6 Mei untuk PRU13
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta supaya menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan lebih ramai penjawat awam  terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Tegas Omar, walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah hari Ahad, namun tidak semua negeri cuti hujung minggu pada hari berkenaan,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs pada Ahad.

Tambah beliau penjawat awam juga tidak perlu terburu-buru untuk pulang ke tempat kerja jika diberi pelepasan pada hari berikutnya.

"6 Mei, yang jatuh pada hari Isnin, Cuepacs minta agar penjawat awam ini diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik  ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif,” katanya.

Katanya cuti tersebut antaranya akan memberi manfaat kepada penjawat awam yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi mengundi di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: PRU, PRU-13, pilihan raya, cuepacs, omar osman, JPA, cuti