Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

GTP tahun lalu catat kejayaan

comments
GTP tahun lalu catat kejayaan

PLAY Click to Expand & Play

KUALA LUMPUR:
Fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melabuhkan tirainya tahun lepas mencatat pencapaian dan kejayaan bagi kesemua tujuh bidang keberhasilan utama negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan GTP 1.0 yang dilancarkan pada 2010 menjadi wadah kepada asas bagi transformasi dan inovasi lebih besar untuk satu dekad setengah akan datang.

Jelasnya, ia telah menjana keberhasilan yang ketara sepanjang tempoh berkenaan bagi memastikan rakyat Malaysia memperoleh akses kepada barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan pada nilai terbaik.

Tujuh bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang menjadi tonggak GTP antaranya mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar.

Ia juga meliputi peningkatan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, pengangkutan awam bandar dan menangani kos sara hidup rakyat.

Najib berkata perubahan itu ialah yang dituntut oleh rakyat selain pendorong kerajaan untuk meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan.

Sementara itu,  Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M akan diteruskan sebagai program tahunan.

Najib menjelaskan, kerajaan sedar bantuan berkenaan memberi manfaat besar kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

"Salah satu contoh terbaik iltizam ini ialah BR1M 1 dan 2 yang kerajaan berikan telah sampai langsung ke tangan rakyat. Ia satu inisiatif yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang pendapatan rendah. Sehubungan itu saya umumkan kerajaan akan jadikan BR1M sebagai inisiatif tahunan,” beliau berkata.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: BR1M, Najib, GTP, NKRA