Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Peralihan PDRM menerusi media sosial

comments
Peralihan PDRM menerusi media sosial

PLAY Click to Expand & Play

KUALA LUMPUR: Mengikuti perkembangan masyarakat menerusi laman media sosial adalah penting untuk mengekalkan kesejahteraan dan ketenteraman rakyat Malaysia.

Berikut adalah kata wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf ketika menghadiri sesi temu ramah Agenda Awani pada Isnin.

Menurutnya, “Bagi menyampaikan maklumat dan informasi dengan segera kepada masyarakat, laman sosial seperti Facebook dan Twitter memainkan peranan penting sekaligus membawa kepada peralihan besar kepada PDRM bagi menepati kesesuaian generasi masa kini."

Turut hadir mengikuti perbincangan tersebut ialah Ketua Unit Portal & Media Sosial PDRM Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), DSP Lai Lee Ching.

“Pemantauan di laman sosial adalah perlu bagi mengelakkan pelbagai masalah antaranya kenyataan berbaur perkauman dan berunsur jenayah bagi menjaga keharmonian seluruh bangsa dan agama di Malaysia,” kata Lai

Menurut Lai, PDRM, juga mempunyai pelbagai perancangan bagi penambahbaikkan sistemnya menuju ke arah integrasi, bagi keselamatan rakyat.

Selain itu PDRM turut akan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mengekang perbuatan berunsur jenayah menggunakan teknologi internet.


Berita mula diterbitkan pada: Januari 22, 2013 08:00 (MYT)

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: PDRM, Agenda Awani, Internet, Intergrasi