Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Pertemuan BRN-Thai bermula hari ini di KL

comments
Pertemuan BRN-Thai bermula hari ini di KL
KUALA LUMPUR: Pertemuan  membabitkan kerajaan Thai dan Barisan Revolusi Nasional (BRN)  bermula hari ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Antara lain ia dibayangi  beberapa tuntutan BRN yang tidak dipersetujui tentera.

Kali terakhir kerajaan Thailand dan wakil-wakil  BRN mengadakan pertemuan ialah pada 28 Mac lepas di Kuala Lumpur.

Sebelum ini kumpulan kerja bersama proses dialog damai yang dibentuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah keganasan di wilayah selatan Thai mencapai persetujuan muktamad membentuk terma rujukan BRN.

Bagaimanapun BRN membuat tuntutan secara terbuka di YouTube bahawa kerajaan Thai perlu bersetuju dengan desakan mereka sebelum memulakan siri dialog seterusnya.

Antara lain tuntutan mereka ialah mahu Bangkok mengiktiraf Malaysia sebagai perantara dan bukannya fasilitator.

Mereka juga mahu negara Asean lain campur tangan dalam mengembalikan keamanan di Selatan Thai dan menolak peranan Pertubuhan Negara-negara Islam, OIC.

Dalam pada itu BRN juga mahu mereka dilabel gerakan atau badan dan bukannya kumpulan pemisah sebagaimana dilakukan tentera Thai sekarang.

Sementara itu  Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand,  Paradorn Pattanathabutr yang mengetuai delegasi Thailand ke dialog itu mengakui  akan membincangkan lebih lanjut mengenai tuntutan itu.

Siri perbincangan sebelum ini menjurus kepada mencari jalan dan formula untuk menyelesaikan keganasan yang tidak surut di tiga wilayah di Selatan Narathiwat, Yala dan Pattani.

Ketua Pejabat Perhubungan BRN di Malaysia, Hassan Taib mengetuai delegasi badan tersebut.

Sementara Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim bertindak sebagai fasilitator bagi pihak kerajaan Malaysia.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: BRN, Thai, pertemuan, tentera, dialog, keganasan, selatan Thai