Kerajaan pantau import cili merah

Kementerian Kesihatan sahkan terdapat cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kementerian Kesihatan melalui bahagian keselamatan dan kualiti makanan menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan.