Volkswagen AG berdepan denda sehingga ASD18 bilion

Syarikat pembuat kereta Jerman Volkswagen diarah untuk memanggil semula hampir setengah juta kenderaan keluarannya oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Arahan dibuat selepas wujud dakwaan syarikat itu menipu ujian pelepasan toksik agensi perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA).