Video  | Dunia

BMW kini sedang menguji motosikal tanpa penunggang

Motosikal tanpa penunggang! Mungkin pelik, tetapi ia benar dan merupakan teknologi yang giat diusahakan oleh BMW Motorrad. Bukanlah niat mereka untuk mewujudkan motosikal tanpa pemandu semata-mata, apalah gunanya? Tetapi usaha ini adalah sebagai langkah keselamatan pintar dengan mengintegrasikan keupayaan manusia dengan teknologi terkini.