Video  | Dunia

Enam terkorban pesawat bertembung di udara

Enam maut termasuk juruterbang selepas dua pesawat yang membawa penumpang kapal persiaran di Alaska bertembung pada ketinggian kira-kira 3,300 kaki sebelum terhempas. Pesawat dikenali sebagai Havilland Otter DHC-3 membawa 10 penumpang termasuk juruterbang, manakala pesawat ringan Havilland DHC-2 membawa empat penumpang termasuk juruterbang daripada kapal persiaran Royal Princess.