Tutup

Video  | Dunia

Lebih ramai ahli keluarga mangsa Lion Air saman Boeing

Selepas hampir enam bulan tragedi membabitkan pesawat Lion Air yang mengorbankan 189 orang, lebih ramai ahli keluarga mangsa bertindak menyaman syarikat Boeng. Tindakan itu dibuat selepas kenyataan maaf dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Dennis Muilenburg yang turut mengakui malapetaka boleh dielakkan sekiranya sistem perisian pesawat jenis Max 8 dikemas kini.