Video  | Dunia

New Zealand tubuh RCI siasat peristiwa Christchurch

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Isnin umumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja susulan peristiwa serangan 15 Mac lalu ke atas dua masjid di Christchurch yang mengorbankan 50 orang. Beliau berkata penubuhan itu bagi menyiasat bagaimana tindakan keganasan itu boleh berlaku dan bagaimana kaedah untuk menghentikannya di masa akan datang sekiranya ia berlaku lagi.