Video  | Dunia

Parti AKP mendahului pilihan raya

Calon daripada parti Presiden Recep Tayyip Erdogan (AKP) mendahului Pilihan Raya Datuk Bandar di dua bandar utama Turki, selepas suku undi dikira. Menurut laporan stesen televisyen NTV, calon AKP di Istanbul iaitu bandar terbesar negara itu meraih 51.8 peratus undi dengan 24.4 peratus undi dikira sementara calon pembangkang utama Parti Republikan Rakyat (CHP) meraih 45.8 peratus undi.