Video  | Dunia

PilPres2019: Isu ASEAN dijangka tidak akan jadi kempen

Pemilihan Umum (PEMILU) dan Pemilihan Presiden (PilPres) Indonesia yang akan berlangsung serentak pada April 2019 dijangka akan menjadi standard kepada satu proses demokrasi di ASEAN. Namun, Timbalan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Steven Wong, percaya calon PilPres 2019 tidak akan melihat kepada isu asean dan hubungan antarabangsa sepanjang kempen menjelang April ini. Beliau tegaskan, isu domestik seperti kos sara hidup dan isu melibatkan pengundi akan menjadi asas kempen Joko Widodo dan Prabowo Subianto.