Tutup

Video  | Dunia

Ribuan ikan ditemui mati akibat musim panas

Beribu ekor ikan ditemui terdampar akibat kepanasan melampau dekat empangan utara China Video yang dirakamkan di Bandar Shenyang, Wilayah Liaoning awal minggu ini menyunjukkan beribu-ribu ikan mati di empangan Huanzidong. Tiada hujan sejak awal musim bunga lalu dan paras air pula sangat minima. Suhu kawasan pula mencatatkan sehingga 42 darjah celcius.Mengikut laporan media tempatan, Kebanyakan ikan dalam empangan ini hanya mampu bertahan sehingga suhu 38 darjah celcius menyaksikan 25 tan ikan mati Kesemua ikan ini telah dikumpulkan sebelum dilupus bagi mengelak penularan wabak penyakit.