Tutup

Video  | Dunia

'Sudah seminggu tiada berita' - keluarga di Vietnam

Penduduk di beberapa kampung di Vietnam gelisah kerana khuatir ahli keluarga mereka antara 39 mayat yang ditemui dalam sebuah lori kontena di Essex. Bagi keluarga Vo Ngoc Nam di Kampung Tho Thanh, daerah Yen Thanh di wilayah Nghe An, mereka masih menanti berita dari United Kingdom kerana sudah tidak mendengar khabar darinya selama seminggu.