Tutup

#AWANIJr: Kehebatan Pesilat Duyong

Penampilan tangkas Guru Silat SK Duyong , Masrizal Rahmat,40 telah memberikan inspirasi kepada anak-anak didik beliau sama ada di sekolah rendah dan sek menengah untuk berjaya dalam persilatan. Dalam temubual bersama Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12 , Masrizal Rahmat telah memberikan tips untuk maju dalam dunia persilatan. Sebagai guru silat, beliau berjaya menhasilkan pesilat-pesilat khasnya dari SK Duyong meraih gelaran Juara Keseluruhan Pertandingan Seni Silat Peringkat Negeri Melaka Kategori Sekolah Rendah pada 25 April 2019. Malahan, pesilat cilik SK Duyong Muhammad Aidit Sufi Maswara,12 dinobatkan Pesilat Seni Terbaik 2019. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.