Tutup

Modest Fashion bawa kelainan dalam MIHAS 2019

Mengetengahkan lapan kluster tahun ini, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, MIHAS 2019 terus berkembang seiring dengan permintaan pasaran dunia. Menampilkan fesyen muslimah atau Modest Fashion sebagai kluster terbaru, MIHAS mensasarkan 50 syarikat Modest Fashion Malaysia untuk bersama-sama terlibat dalam pameran tahun ini.