Tutup

Video  | Hiburan

Ariana Grande 'berkaki ayam' keluar rumah kekasih

Penyanyi sensasi, Ariana Grande dilihat tergesa-gesa meninggalkan rumah kekasihnya di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini. Menerusi sekeping foto yang dirakam paparazi, Ariana keluar daripada rumah dan segera menuju ke sebuah kenderaan. Namun kelibat Ariana mencuri tumpuan ramai kerana dia tidak memakai kasut atau selipar semasa foto itu dirakam.