Video  | Hiburan

Tarian Bollywood Izara Aishah yang mempersonakan

Persembahan memukau pelakon Izara Aishah ketika pertunjukkan fesyen Rizalman for Zalora semalam berjaya mencuri tumpuan ramai. Bagaikan seorang penari profesional, kelincahan Izara selaku muse koleksi pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sempena Aidilfitri 2018 itu mula menjadi buah mulut orang.