Tutup

Najib tetap hormati Tun Mahathir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menerima secara terbuka sebarang kritikan mana-mana pihak terhadap kepimpinannya. Namun, katanya, kritikan itu wajar dibuat secara berhemah dan bertanggungjawab. Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO katanya, beliau mengutamakan kepentingan rakyat dan parti apabila membuat apa-apa keputusan.