Tutup

Sukarelawan gembira bantu mangsa banjir

Beban ditanggung mangsa banjir sedikit sebanyak dapat diringankan bila kira-kira seribu sukarelawan turun padang ke kawasan Lintang dan Lasah di Sungai Siput, Perak bagi membantu membersihkan rumah dan bangunan yang dilanda banjir. Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah antara yang terbabit di samping anggota RELA, JPAM, kakitangan awam dan swasta serta NGO.