1.3 peratus populasi anjing di Sarawak disuntik vaksin anti rabies

Sebanyak 1.3 peratus daripada 300,000 anjing di Sarawak telah diberi suntikan vaksin anti rabies. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak melaksanakan pemvaksinan secara percuma bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak di negeri itu.