10 titik panas transit DAISH sentiasa dikawal rapi

Polis sentiasa menjalankan pemantauan rapi di lokasi panas yang dikesan sebagai pusat transit militan DAISH yang mahu menyusup ke selatan Filipina dan Myanmar, khususnya di 10 daerah di kawasan pantai timur Sabah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan kedudukan DAISH yang kian tergugat akibat kekalahan di Iraq dan Syria menjadi faktor untuk mereka mencari tapak baru termasuk di Asia Tenggara.