Tutup

11 lagi jangkitan Rotavirus dikesan di Kedah

Sebelas lagi kes cirit-birit disyaki jangkitan Rotavirus dikenalpasti dipercayai mempunyai kaitan dengan kunjungan mereka ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, dekat Baling, Kedah. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, sehingga lewat petang semalam, perkembangan ini menjadikan keseluruhan kes kepada 18 kes sejak ia mula dikesan empat hari lalu.