Tutup

162 sekolah di dua daerah di Pulau Pinang ditutup

Sebanyak 162 buah sekolah di dua daerah di Pulau Pinang diarah tutup berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh memaklumkan, 111 buah sekolah di daerah Timur Laut diarah tutup dengan penyuraian pelajar akan dilakukan bermula jam 12 tengahari Rabu.