17 individu dipanggil isu kes gangguan seksual di hospital

Jawatankuasa siasatan bebas telah memanggil 17 individu berhubung kes gangguan seksual ke atas doktor pelatih oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, individu itu termasuk 10 mangsa dan tujuh saksi yang ditemubual dan disiasat berhubung perkara berkenaan.