Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

4000kg sisa plastik dikutip di pantai

Sebanyak 4,000 kilogram sisa plastik berjaya dikumpul menerusi program pembersihan pantai melibatkan sembilan lokasi di seluruh negara. Program yang dianjurkan Persatuan Pencinta Alam Malaysia dengan kerjasama Nestle (Malaysia) Bhd merupakan usaha bagi memastikan pengurangan pencemaran sisa plastik.