Tutup

434 kes permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO

Sebanyak 434 kes permohonan diterima Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan melibatkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) tahun ini. Pengarah PERKESO negeri, Nora Yaacob berkata, 268 daripada jumlah tersebut telah pun kembali bekerja melalui inisiatif Program Penempatan Pekerjaan Semula PERKESO dibawah SIP.