5 jenis cukai ikut piawaian IATA

Pendapat Tan Sri Abdul Aziz disokong Pakar Institut Pengangkutan Malaysia Universiti Teknologi Mara atau Mitrans. Ketua Latihan dan Pembangunan Profesional Berterusan Mitrans, Dr Wan Mazlina Wan Mohamed berkata pengguna lapangan terbang negara ini beruntung. Ini kerana mereka hanya membayar satu cukai iaitu PSC berbanding 5 jenis cukai di negara lain seperti mengikut piawaian Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, IATA.