97 transaksi penjualan tanah DBKL disiasat

97 transaksi penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur - DBKL, telah disiasat jawatankuasa khas Kementerian Wilayah. Hasilnya, 43 transaksi diteruskan, 10 dibatalkan, 9 disyor batal, 15 ditangguh dan dirunding semula dan 20 diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut. Ke semuanya, melibatkan keluasan 675.27 ekar, dengan nilai keseluruhan transaksi RM5.63 billion.