Ahmad Said sedia jadi Ketua Pembangkang DUN Terengganu

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said sedia galas tugas Ketua Pembangkang di negeri itu jika diberi peluang. Bagaimanapun anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu menyerahkan kepada 10 Adun Barisan Nasional (BN untuk memutuskan pengganti Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang melepaskan jawatan itu.