AI: Iktiraf UEC bukan bermakna dasar pendidikan dikorbankan - Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) kelak telah mengambil kira tunjang utama Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tegas Anwar, kerangka peraturan baharu perlu bagi menangkis tanggapan dasar pendidikan akan dikorbankan kerana semata-mata pertimbangan politik baharu.