Akta Hasutan boleh digunakan ikut budi bicara polis - Muhyiddin

Polis Diraja Malaysia PDRM boleh mengambil tindakan terhadap mana mana pihak dibawah Akta Hasutan 1948 tetapi perlu mengikut budi bicara dan bukti berdasarkan siasatan. Demikian jelas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vei Keong pada Selasa bahawa polis diarahkan tidak menggunakan akta berkenaan.