Akta Membendung Pembaziran libatkan beberapa kementerian

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) komited untuk meneliti kajian cadangan bagi mewujudkan satu akta untuk membendung pembaziran dan mengurangkan kadar sisa makanan di negara ini. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata kajian itu bakal melibatkan perbincangan dengan beberapa kementerian antaranya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.