Aktiviti bermain penting untuk kanak-kanak membesar

Dalam keghairahan memadatkan jadual anak-anak, ibu bapa perlu ingat bebas bermain juga adalah satu proses penting untuk kanak-kanak membesar. Menurut Pakar Kanak-Kanak, Amy Bala, bermain memberi peluang kepada anak-anak terutamanya di bawah umur 7 tahun untuk menguasai pelbagai kemahiran termasuk kawalan pegerakan motor kasar dan motor halus.