Tutup

Al Biruni Zakat Selangor santuni kanak-kanak miskin bandar

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif mewujudkan Projek Al-Biruni yang menjadi hub pusat pembelajaran dan inovasi di bawah program pembangunan kanak-kanak miskin bandar. Ketua Pegawai Operasi Korporat dan Projek Khas LZS, Ariffa Ariffin berkata projek perintis yang dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mentari, Petaling Jaya itu bertujuan untuk menyantuni kanak-kanak miskin bandar di kawasan itu.