Amaran cuaca buruk dijangka hari ini

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hari ini. Menurut kenyataan jabatan itu, bagi ribut petir, negeri yang yang terbabit adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.