Tutup

Ambil cuti untuk berkempen

Satu siasatan akan dijalankan susulan dakwaan penggunaan jentera kerajaan dalam waktu berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pemimpin Pakatan Harapan telah diberi peringatan agar tidak menggunakan kemudahan kerajaan, namun beliau tidak menjelaskan siapa yang memberi peringatan tersebut.